Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Wednesday 1 December 2010

WEST HAM UNITED 4 MANCHESTER UNITED 0

     Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan bola sepak di antara Manchester United bertemu dengan West Ham United yang telah diadakan di Stadium Upton Park London. Pertemuan ini adalah perlawanan bagi peringkat suku akhir piala Kejuaraan Liga atau juga dikenali sebagai CARLING CUP. Perlawanan yg berlangsung pada 3.40pg(waktu malaysia) itu telah diadakan dalam keadaan bersalji dan cuaca yang amat sejuk.
          
    Pasukan kendalian Sir Alex Ferguson, menurunkan sebahagian besar pemain-pemain dari liga simpanan untuk memberi pendedahan kepada pemain diperingkat tertinggi walaupun semua orang berpendapat bahawa kejuaraan ini hanyalah "low status" nya jika hendak dibandingkan dengan Kejuaraan Piala FA dan juga Liga Inggeris.  

Spector meraikan jaringan gol bersama Victor Obinna 

    Keputusan perlawanan awal pagi tadi seperti yg ketahui ramai, adalah berpihak kepada pasukan West Ham United dengan keputusan 4-0. Gol-gol ini telah dijaringkan oleh Jonathan Spector(bekas pelatih Akademi Manchester United) dengan 2 gol dan 2 gol lagi dijaringkan oleh Charlton Cole. Pemain-pemain MU yang tampak lesu di padang hanya berjaya menyaingi kehebatan West Ham dalam 20 minit permainan sahaja. 

   Dengan keadaan cuaca yang sejuk, pemain seperti Javier Hernandez di lihat seperti bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang licin. Dan salah satu penyebab yang mungkin menyebabkan  kekalahan MU adalah disebabkan oleh kegagalan pemain pertahanan mereka iaitu Jonny Evans untuk beraksi  cemerlang. Ini adalah kekalahan pertama disepanjang 29 perlawanan yang dilalui oleh pasukan MU setakat ini. Diharap seluruh peminat MU dapat menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka.

Jonny Evans yang boleh disifatkan gagal beraksi cemerlang

     Dari sudut pandangan penulis, pemain-pemain muda MU tidak sepatutnya dipersalahkan diatas kekalahan ini. Kekalahan ini patut dijadikan satu medium pembelajaran dan pendedahan yang amat berguna untuk para pemain remaja ini dalam menghadapi perlawanan yang akan datang. Penulis juga berasa amat yakin bahawa bintang para pemain muda MU ini  pasti akan bersinar di masa hadapan. 


     Penulis yang juga salah seorang peminat Manchester United sejak dari dahulu, akan terus menyokong pasukan ini walau apa pun yang berlaku. Dan penulis juga yakin bahawa pengurus MU,Sir Alex Ferguson tidak akan berdiam diri diatas kekalahan ini.

(p/s: Kekalahan kedua yang dilalui penulis selepas kekalahan memalukan Real Madrid sehari sebelumnya........sekian terima kasih.......)



Share/Bookmark

1 comment: