Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Sunday 19 December 2010

Cabaran futsal belia terhebat


Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia memasuki saingan hari kedua hari ini dengan 555 perlawanan peringkat kumpulan lagi akan diteruskan di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.
Kesemua 444 pasukan lelaki dan wanita dari 222 kawasan Parlimen di seluruh negara sekali lagi akan turun ke gelanggang dalam misi memburu dua tempat teratas peringkat kumpulan masing-masing bagi mengesahkan tempat ke pusingan kedua.
Saingan hari ini bakal menyaksikan 555 lagi perlawanan yang penuh mendebarkan, sekaligus menjadi penentu kepada nasib pasukan masing-masing dalam pemburuan hadiah kejuaraan keseluruhan berjumlah RM88,000.
Kemeriahan pada hari pertama semalam memang suka runtuk digambarkan.
Selain pemain, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Kompleks Futsal Putrajaya itu yang datang untuk melihat kemahiran dan bakat terpendam peserta-peserta yang bersaing pada pusingan akhir kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini.
Kejohanan ini menampilkan 444 pasukan dari 222 kawasan Parlimen di negara ini melibatkan 222 pasukan bersaing dalam kategori lelaki dan 222 lagi dalam kategori wanita.
Pasukan-pasukan ini merupakan juara pada saingan peringkat Parlimen masing-masing yang telah bermula sejak Ogos lalu.
Juara kategori wanita dan lelaki setiap kawasan Parlimen layak beraksi ke pusingan akhir yang menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 kepada juara.
Naib juara akan membawa pulang RM10,000 sementara tempat ketiga akan menerima RM6,000.
Pasukan yang menduduki tempat keempat akan menerima RM4,000 sementara pasukan-pasukan yang menduduki tempat kelima hingga kelapan, masing-masingnya menerima RM1,000.




Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment