Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Tuesday 30 November 2010

Barcelona belasah Real Madrid 5-0

Villa mempamerkan kehebatan dengan menjaringkan 2 gol

MADRID: Jose Mourinho menghadapi mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol. Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-17.


Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56.Pemain gantian Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.


Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Barcelona dengan jurulatihnya, Pep Guardiola mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.Mourinho pula nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah.(Sumber Berita Harian Online)

Ternyata persembahan yg dipamerkan oleh pemain-pemain Barcelona begitu menakjubkan . Real Madrid pasukan yang dilabelkan "hebat" oleh pemain nya sendiri ternyata layu apabila berdepan dengan pasukan Barcelona awal pagi tadi. Keegoaan Cristiano Ronaldo yang sebelum ini mengatakan bahawa pasukannya akan menewaskan Barcelona adalah omong kosong sahaja. Ini dibuktikan dengan kehebatan Barcelona yang dapat menjaringkan 5 gol.

Pemerhati dan peminat bola sepak diseluruh dunia mesti terkejut dengan jumlah jaringan yg berjaya dijaringkan oleh pemain-pemain Barca. Akhir kata, kita boleh saksikan kehebatan bermain bola sepak tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata sahaja tanpa diiringi oleh semangat berpasukan yang tinggi. sekian Terima Kasih....(Penulis juga adalah salah seorang peminat Real Madrid selain dari Manchester United)

Pertembungan El-Classico yg terbaik pernah disaksikan.....La Viva BARCELONA.....



Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment