Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Saturday 4 December 2010

United Intai pemain dari Portugal

Salam wbt

Penulis hari ini mendapat berita dari akhbar-akhbar seluruh dunia mengenai gossip perpindahan pemain ke kelab bolasepak terkemuka dunia.

Nani

PENYERANG Manchester United, Nani berpendapat kelab dari Old Trafford itu akan lebih mantap jika mengambil langkah untuk membawa masuk beberapa pemain daripada kelab lama, Sporting Lisbon.
Bintang Portugal itu memulakan kariernya di Lisbon bersama pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo.
"Saya kenal beberapa pemian muda berpotensi dan antara mereka adalah Miguel Veloso dan Yannick Djalo.
"Mereka adalah antara pemain yang berpotensi yang saya kenal di Sporting Lisbon."
Yannick Djalo (atas) Miguel Veloso (bawah)

Menurutnya, Djalo telah menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan ketika menentang Brondy ogos lalu bagi membantu Lisbon melangkah ke peringkat kumpulan Liga Europa. Mereka mara dengan agregat 3-2.
Veloso, 24, juga telah mengecewakan Everton pada saingan liga Europa musim lalu.
Dia menjaringkan gol pada perlawa- nan timbal balik tersebut untuk membantu Lisbon menang dengan agregat 4-2, sekali gus menghampakan impian skuad bimbingan David Moyes itu.
Menurut Nani, dua pemain ini mempunyai masa depan yang cerah dan United perlu mempertimbangkan untuk melamar mereka.
Nani yang menyertai United pada tahun 2007 berpendapat bahawa Liga Perdana England adalah tempat untuk pemain mencipta nama dan tiada siapa akan menyesal beraksi dalam liga paling berprestij itu.
Dia juga telah memberitahu dua pemain terbabit berkenaan kehebatan Liga Perdana England serta reputasi United yang cukup digeruni.
"Saya pernah beraksi dalam Liga Portugal dan beberapa lagi liga lain tetapi Liga Perdana England adalah yang terbaik. Saya berharap United mempertimbangkan untuk membawa masuk dua pemain muda dari Lisbon ini," kata Nani.
Sudut Pandangan Penulis
  • Yannick Djalo adalah seorang pemain muda kelahiran Portugal yang sedang meningkat naik masa kini. Mempunyai pergerakan kaki yang agak pantas serta lincah di atas padang. Posisi pemain ini adalah sebagai seorang penyerang.
  • Miguel Veloso adalah pemain kelahiran Portugal yang sekarang sedang berkelanana di Italy, beliau mewakili pasukan Genoa dari Serie A. Posisi kegemaran pemain ini adalah sebagai pemain tengah bertahan yang dipercayai boleh menggantikan posisi Paul Scholes suatu hari nanti.
  • Diharapkan pengurus United akan mempertimbangkan permintaan pemain United ini,bagi memperkuatkan dan memantapkan lagi pasukan dimasa hadapan.

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment