Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Thursday 9 December 2010

Berita Perihal Pemain Manchester United

 Salam wbt…..
Dah lama agaknye penulis xbuat entri utk blog nie…sorry la,kekurangan sumber untuk membuat cerita…hehehe…
Jadi untuk entri hari nie,penulis nk cite pasal pemain MU je la…sebab penulis adalah penyokong fanatik untuk MU,tapi pasukan Malaysia tetap dihati beb. Bangga dengan kemaraan pasukan Malaysia ke Semi-final Piala AFF Suzuki.
Let move on to the news…………….
Berita pertama mengenai Rio Ferdinand
rio
Pertahanan Rio Ferdinand terhincut-hincut keluar padang ketika Manchester United seri 1-1 dengan Valencia dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford kelmarin, sekali gus mencetuskan kebimbangan terbaru buat Sir Alex Ferguson.
Apatah lagi, United yang kehilangan takhta pendahulu liga kerana tidak turun bermain penghujung minggu lalu, dijadualkan berdepan pendahulu baru, Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat sendiri Isnin ini.
Namun pengendali itu pantas meredakan keadaan dan berharap tempoh rehat enam hari memberi sesuatu yang positif terhadap pemain pertahanan itu untuk menghadapi barisan depan Arsene Wenger.
Ferguson berkata, dia menaruh harapan Ferdinand, yang terlepas aksi Piala Dunia Afrika Selatan 2010 kerana kecederaan lutut serius, akan terus bersama pasukan untuk menghadapi baki separuh musim ini.
Berita Kedua pula mengenai Anderson
anderson
Anderson mengakhiri kemarau gol selama 15 bulan apabila membantu Manchester United menyamakan kedudukan 1-1 menentang Valencia sekali gus meletakkan kelabnya mengetuai Kumpulan C Liga Juara-Juara.
Gol itu merupakan jaringan kedua Anderson buat United dalam 109 penampilan dan mengekalkan juara Eropah tiga kali itu kekal rekod tanpa kalah.
"Dia sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol. Budak itu mempunyai bakat yang hebat. Dia mempunyai langkah yang hebat dan berkuasa, malah dia juga bertenaga. Kami gembira, dia mendapat satu gol, itu mungkin membantunya nanti," ujar pengurus United, Alex Ferguson.
Bekas pemain FC Porto berusia 22 tahun itu mendapat gol pertama ketika menentang Tottenham pada September 2009 bagi menjamin United tidak bertemu Barcelona atau Real Madrid pada pusingan kalah mati.

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment