Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Sunday 5 December 2010

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris

Disini disiarkan keputusan terkini Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi.

Manchester City     1      vs      0     Bolton Wanderers 

* Gol Manchester city telah dijaringkan pada minit ke-4 oleh Carlos Tevez

Carlos Tevez

Wigan Athletic      2      vs      2      Stoke City


* Gol-gol wigan diperolehi menerusi jaringan sendiri pertahanan Stoke Collins dan pemain pinjaman dari   Manchester United, Tom Cleverley. Manakala Stoke pula memperoleh jaringan menerusi Robert Huth dan juga Matthew Etherington.


Chelsea      1      vs      1      Everton


* Gol Chelsea disudahi oleh jaringan sepakan penalti, dari pemain kelahiran Ivory Coast,Didier Drogba.Manakala Everton memperolehi jaringan menerusi bekas pemain Leeds United, Jermaine Beckford.


Blackburn Rovers      3      vs      0      Wolverhampton Wanderers

* Gol-gol Rovers disumbangkan oleh pemain pemain midfield, David Dunn, Brad Emerton dan juga pemain pertahanan Ryan Nielsen.

Arsenal      2      vs      1      Fulham

* Kedua-dua gol Arsenal dijaringkan oleh pemain antarabangsa Perancis, Samir Nasri. Manakala bagi pihak lawan,gol dijaringkan oleh pemain penyerang kelab tersebut Kamara.

Samir Nasri

Birmingham City      1      vs      1      Tottenham Hotspur

*Keputusan perlawanan berkesudahan dengan seri. Goal Birmingham dijaringkan oleh Craig Gardner dan gol Spurs disumbangkan oleh Sebastian Bassong.


Manchester United      P      vs      P      Blackpool

*Perlawanan antara United dan Blackpool akan ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Pemeriksaan dari pengadil perlawanan mendapati stadium Blackpool tidak mempunyai alat pemanas untuk padang perlawanan tersebut.


Sudut Pandangan Penulis

  • Dengan Chelsea hanya mencatat keputusan seri ketika bertemu Everton, ini bermakna pasukan dari London ini telah jatuh dari kedudukan ke-2 liga ke tangga ke-3.
  • Kemenangan Arsenal keatas Fulham membolehkan pasukan kendalian Arsene Wenger ini menduduki carta paling atas kedudukan Liga Perdana Inggeris, memintas United dengan kelebihan 1mata tapi United masih kekurangan satu perlawanan.
  • Keputusan-keputusan perlawanan lain, tidak banyak perubahan kedudukan liga yang dapat kita saksikan, kecuali kemenangan yang dicatatkan oleh Blackburn ke atas pasukan Wolves selepas bangkit dari kekalahan memalukan kepada Manchester United,minggu sebelumnya. 

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment