Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Tuesday 30 November 2010

Barcelona belasah Real Madrid 5-0

Villa mempamerkan kehebatan dengan menjaringkan 2 gol

MADRID: Jose Mourinho menghadapi mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol. Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-17.


Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56.Pemain gantian Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.


Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Barcelona dengan jurulatihnya, Pep Guardiola mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.Mourinho pula nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah.(Sumber Berita Harian Online)

Ternyata persembahan yg dipamerkan oleh pemain-pemain Barcelona begitu menakjubkan . Real Madrid pasukan yang dilabelkan "hebat" oleh pemain nya sendiri ternyata layu apabila berdepan dengan pasukan Barcelona awal pagi tadi. Keegoaan Cristiano Ronaldo yang sebelum ini mengatakan bahawa pasukannya akan menewaskan Barcelona adalah omong kosong sahaja. Ini dibuktikan dengan kehebatan Barcelona yang dapat menjaringkan 5 gol.

Pemerhati dan peminat bola sepak diseluruh dunia mesti terkejut dengan jumlah jaringan yg berjaya dijaringkan oleh pemain-pemain Barca. Akhir kata, kita boleh saksikan kehebatan bermain bola sepak tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata sahaja tanpa diiringi oleh semangat berpasukan yang tinggi. sekian Terima Kasih....(Penulis juga adalah salah seorang peminat Real Madrid selain dari Manchester United)

Pertembungan El-Classico yg terbaik pernah disaksikan.....La Viva BARCELONA.....



Share/Bookmark

Monday 29 November 2010

BERBATOV: TERKEJUT LEDAK 5 GOL


MANCHESTER - Dimitar Berbatov mengakui dia sendiri terkejut dengan  lima gol yang dijaringkan apabila Manchester United mengaibkan Blackburn Rovers 7-1 di Old Trafford, kelmarin. Berbatov meletakan United mendahului lawan hanya 72 saat perlawanan bermula. Pemain Bulgaria itu meraih hatrik selepas cuma seminit babak kedua,dengan menyudahkan gerakan yang dimulakannya ketika merembat masuk hantaran lintang Nani.Berbatov kemudian menjaringkan gol keempat apabila rembatan Park dihadang, tetapi bola melantun tepat ke arah Berbatov untuk pemain itu merembat masuk dari jarak dekat, sebelum meraih gol kelima dan yang ketujuh United apabila rembatannya tepat ke penjuru gawang dan gagal diselamatkan Paul Robinson.


Berbatov menjadi pemain keempat sejak pengenalan Liga Perdana untuk menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan, mengikut jejak Andy Cole, Alan Shearer dan Jermain Defoe."Bagi saya, ia lebih mengenai bagaimana saya bermain, bantuan yang saya berikan, bagaimana saya bergandingan dengan pemain lain. Hari ini saya menjaringkan gol, jadi saya amat gembira. "Kami kini berada pada kedudukan yang hebat. Kami mahu kekal di tangga teratas."Saya sedar laluan masih panjang tetapi dengan skuad yang kami miliki, pemain yang kami ada, jika kami bermain seperti ini, saya fikir kami akan kekal teratas," katanya.




Share/Bookmark

BIDAAN UNTUK SCHWEINTEIGER

OLD TRAFFORD: Man United mempertimbangkan untuk membuat bidaan kepada Bintang Bayern Munich Sebastian Schweinteiger Dengan yuran perpindahan dalam lingkungan 12 Million.

Tetapi seperti biasa Chelsea Dan juga Man City juga berebut untuk mendapatkan Beliau.


Share/Bookmark