Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Saturday 11 December 2010

Spekulasi Perpindahan Pemain ke Man Utd


Salam wbt…
Bertemu lagi kita dalam berita spekulasi perpindahan pemain-pemain ke kelab Manchester United. Pemain-pemain ini diberitakan menjadi sasaran bagi Sir Alex Ferguson untuk memantapkan lagi pasukannya. Pemain yang dimaksudkan adalah:
1. David De Gea (Goalkeeper)
de gea
Penjaga Gol Atletico Madrid, David De Gea kin menjadi sasaran Sir Alex Ferguson untuk musim perpindahan Januari ini.
Petunjuk awal telah kelihatan bahawa De Gea berminat untuk ke Man United. Selain Itu Sir Alex Ferguson berkata jika ia berjaya membawa masuk David De Gea ke Old Trafford perkara utama yang harus dilakukannya adalah untuk menjual penjaga gol keduannya Thomas Kuszack yang tidak menampakan kesungguhan kepada Man United dan untuknya adalah jalan keluar dari Old Trafford seperti dibuat kepada Ben Foster.
2. Alexis Sanchez (Midfield)
alexis sanchez
Agen Alexis Sanchez percaya bahawa pemain tersebut akan bermain di Liga Perdana Inggeris pada musim perpindahan Januari Ini.
Ini di akui sendiri agennya bahawa Alexis Sanchez akan berpindah dari kelabnya Udinese.
Man United yang menjadi buruan untuk mendapatkan khidmat beliau ternyata mungkin akan menjadi kenyataan setelah Sir Alex Ferguson sudah berbincang dengan agennya. Sir Alex berminat dengan beliau kerana ketangkasan serta mutu permainannya tidak berubah seperti Cristiano Ronaldo.

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment