Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Thursday 2 December 2010

Gosip Perpindahan Pemain/Jurulatih

Park Ji Sung 

        
          Kelab Sepanyol, Sevilla Akan Cuba membida Bintang Korea Selatan Park Ji Sung Dari Man United Januari ini.
Sevilla yang berminat untuk mendapatkan Park sejak tahun lepas akan cuba sedaya mana untuk mendapatkan Pemain tersebut. Wakilnya kini yang berada di England telah berjumpa dengan Wakil Park Jisung untuk bertanya mengenai perpindahan Ini.

Adakah Sir Alex akan melepaskan Beliau Januari Nanti????? Sama Sama Kita Nantikan.(sumber : MUFC Fan)



Manuel Neuer

       Peluang Manchester United untuk mendapatkan khidmat penjaga  gol utama kelab Jerman, Schalke 04, Manuel Neuer kini kembali cerah. Ia ekoran konflik dalaman yang melanda Bayern Munich yang sebelum ini turut menyatakan hasrat menandatangani kontrak dengan penjaga gol muda Jerman itu.



        Ketika ini, United dan Bayern bersaing hebat bagi membawa masuk Neuer bersama kelab-kelab masing-masing. Bagaimanapun, skuad The Red Devils dilihat mempunyai peluang  yang lebih cerah setelah Bayern kini bergelut dengan beberapa konflik  dalaman termasuklah prestasi tidak menentu yang dipamerkan mereka dalam  saingan Liga Jerman.



          Keputusan yang dibuat Ferguson dilihat sebagai salah satu langkah persediaan bagi menggantikan penjaga gol veteran The Red Devils, Edwin van der Saar yang dijangka bakal bersara tidak lama lagi. Neuer yang masih lagi mempunyai kontrak bersama Schalke 04 sehingga 2012 dianggarkan bernilai £16 juta (RM 78.4315 juta).


Pep Guardiola


       Pengurus Barcelona, Pep Guardiola akan menolak sebarang usaha memancingnya pada masa depan daripada Chelsea, kerana dia mahu bekerja di sisi Sir Alex Ferguson di Manchester United.



      Masa depan Guardiola kini dalam kesamaran tatkala dia sudah pun dalam tahun terakhir daripada kontrak tiga musim di Nou Camp dan belum bersetuju dengan sebarang terma baru untuk terus kekal di Sepanyol.



      Bekas pemain tengah Sepanyol dan Barcelona itu dikaitkan dengan kemungkinan perpindahan ke Chelsea bagi menggantikan Carlo Ancelotti seandainya jurulatih Itali itu meninggalkan kedudukannya di Stamford Bridge.


     Ejen Guardiola, Josep Maria Orobitg, memaklumkan bahawa dia didekati beberapa ejen termasuk seseorang yang mendakwa mewakili Chelsea, untuk mengetahui sama ada pengurus di Nou Camp itu mahu berpindah. Tatkala Guardiola berminat untuk mencuba nasibnya di England pada tempoh tertentu, tampak destinasi kegemarannya ialah Manchester, bukannya London, dengan senario impian ialah dia dapat bekerjasama dengan Fergie.

Sudut Pandangan Penulis


  • Penulis merasakan bahawa berita-berita yang disiarkan diakhbar-akhbar utama seluruh dunia mengenai perpindahan pemain dan jurulatih ini hanyalah semata-mata untuk meningkatkan angka jualan akhbar masing-masing.
  • Park Ji Sung-adalah pemain kesebelasan utama MU,dikala kecederaan yang menimpa pemain-pemain "winger" United. Mustahil bagi Sir Alex Ferguson akan melepaskannya.
  • Manuel Neuer- seorang penjaga gol yang berkaliber,susah di boloskan apabila beliau menjaga pintu gol pasukan Schalke 04,harga yg diminta oleh kelabnya,terlalu tinggi bagi seorang penjaga gol.
  • Pep Guardiola- In future,beliau berkemungkinan besar akan menggantikan tempat Sir Alex Ferguson dikala waktu persaraan semakin hampir bagi pengurus United ini.







Share/Bookmark

1 comment:

  1. selalu diorang amik dari berita2 dekat kelab bola sepak tu juga
    ada juga la kut buat spekulasi untuk tingkatkan jualan
    hohoho

    P/S : Lu Langsi Lu Mati

    P/S : Review Filem : Ngangkung Boleh Tahanlah & Kutipan Filem 2 Alam Berapa Juta?

    ReplyDelete