Tinggal Link Disini!!!!!!!!

Tuesday, 26 April 2011

Gossip Perpindahan Musim Panas

UNITED DAN CHELSEA INGIN SAMIR NASRI

Pengurus Arsenal, Pening memikirkan soal pemainnya, Samir Nasri yang dikatakan belum mahu menyambung kontrak yang panjang bersama Arsenal. Dan Keadaaan ini juga dimanfaatkan oleh United dan Chelsea. Lapor Bettor.com

Wenger dan agen Nasri masih lagi berbincang soal masa depan dan kontrak Nasri. Jika masalah ini terus mengalami jalan buntu, Wenger terpaksa menerimanya dan melepaskan Samir Nasri.

Nasri Sempat beraksi hebat di awal musim ini, Namun di pertengahan jalan,penampilan Nasri mula menurun seiring merosotnya pasukan Arsenal di akhir musim ini. Dan Arsenal dikatakan sukar untuk memenuhi permintaan naik gaji Nasri sebagai syarat untuk perpanjangkan kontraknya.


Jika itu terjadi, Pengurus United, Sir Alex Ferguson sedia membawa Nasri ke Old Trafford. Dan Carlo Ancelotti juga dikhabarkan berminat ingin membawa playmaker muda itu ke Stamford Bridge.

Tekanan dirasai oleh Wenger sekarang apabila agen nasri memaklumkan, dia akan memikirkan jika ada Tawaran & Gaji yang lebih tinggi daripada United & Chelsea

Selain itu, Dengan keadaan Arsenal yang tidak pernah menjuarai Kejuaraan selama enam musim berturut-turut membuatkan Nasri berfikir panjang untuk terus kekal. Sebaliknya jika dia ingin ke United ataupun Chelsea, Kedua-dua kelab ini menjanjikan kejuaraan.

Share/Bookmark

Tuesday, 11 January 2011

Sheikh Mansour Bin Zayed Has Spent Over £1 Billion Since Arriving At Manchester City

The transfer of Bosnia-Herzegovina international Edin Dzeko from Wolfsburg to Manchester City for a reputed fee of £27 million has taken Sheikh Mansour bin Zayed's spending spree since arriving at the Citizens in the summer of 2008 to over £1 billion.

With the completion of Dzeko's transfer on Thursday morning, City have now spent in excess of £300m on players. The former Wolfsburg striker is the second most expensive transfer in the history of the Eastlands outfit after the previous capture of Robinho in the summer of 2008 for £32.5m.

PlayerFromFee (£)Transfer period
RobinhoReal Madrid32.5 millionsummer 2008
Wayne BridgeChelsea10m January 2009
Craig BellamyWest Ham United14m January 2009
Shay GivenNewcastle United7m January 2009
Nigel de JongHamburg17m January 2009
Garteh BarryAston Villa12msummer 2009
Roque Santa CruzBlackburn Rovers16m summer 2009
Carlos TevezManchester United25m summer 2009
Emmanuel AdebayorArsenal25m summer 2009
Kolo ToureArsenal15m summer 2009
Joleon LescottEverton22m summer 2009
SylvinhoBarcelonafreesummer 2009
Adam JohnsonMiddlesbrough7mJanuary 2010
Yaya ToureBarcelona24msummer 2010
David SilvaValencia26msummer 2010
Jerome BoatengHamburg10.5msummer 2010
Mario BalotelliInter24msummer 2010
James MilnerAston Villa26msummer 2010
Edin DzekoWolfsburg27mJanuary 2011
  £340m



















































 
 
The 40-year-old Mansour bin Zayed paid £210m for the initial take-over of City and then spent a further£20m on stadium and training ground improvements, thus taking the amount of money spent on the Premier League side to £570m. 

However, the biggest expense for Mansour bin Zayed so far have been the wages for new players and those on existing contracts. Well over £500m has left the Sheikh's bank accounts in the past two-and-a-half year to pay the players and other staff under contract at the Citizens.
 
P/S: Sumber dari Goal.Com....
 
 
 
 
 

Share/Bookmark

Saturday, 8 January 2011

Leonardo bermula langkah kanan

Benam Napoli 3-1 dalam aksi pertama


Inter Milan memberikan jurulatih baru Leonardo permulaan baik dalam kariernya di San Siro dengan menumpaskan Napoli 3-1 di laman sendiri kelmarin.

Leonardo, bekas pengendali Milan yang menggantikan Rafael Benitez, melihat Thiago Motta menjaringkan dua gol sementara Esteban Cambiasso menambah satu lagi untuk menundukkan Napoli

Inter masih kekal 13 mata di belakang Milan di tangga ketujuh tetapi mempunyai dua perlawanan dalam tangan. 

Leonardo mendedahkan dia hampir melupakan saat kemenangan itu dan enggan meramalkan musim ini.

“Ia sangat cepat dan indah, situasi yang menarik,” katanya.

“Saya mahu mengekalkan kepuasan kemenangan. Tetapi kami perlu memikirkan satu langkah pada satu masa, perlawanan selepas perlawanan.” 
 
P/s: Bila Inter Milan akan menduduki carta pertama Serie A italy??

sama2 kite nanti kan bersama.......
 
Good Job Leonardo....

Share/Bookmark

Friday, 7 January 2011

No Jersi LINDERGAARD

Penjaga Gol Baru ditandatangani oleh Manchester United, Anders Lindergaard mengesahkan tempatnya di Man United sebagai Posisi penjaga gol dengan menyarung Jersi bernombor 34.


P/s: Sama2 kita nantikan aksi pertama beliau bersama Man United

Glory Glory Man United.....

Share/Bookmark

Tuesday, 4 January 2011

Pemain Muda yang Dijangka Menyinar tahun 2011 (Part 2)

Sambungan dari Part 1, 5 lagi pemain muda yang dijangka menyinar pada tahun 2011. Sama-sama kita saksikan....

6. Jano Ananidze



Nationality: Georgia
Date of Birth: 10-10-1992
Club: Spartak Moscow
Position: Attacking Midfield


7. Karim Ansarifard


Nationality: Iran
Date of Birth: 03-04-1990
Club: Saipa
Position: Centre Forward


8. Sergio Araujo


Nationality: Argentina
Date of Birth: 28-01-1992
Club: Boca Juniors
Position: Centre Forward


9. Irven Avila


Nationality: Peru
Date of Birth: 02-07-1990
Club: Huancayo
Position: Playmaker


10. Jordan Ayew 


Nationality: Ghana
Date of Birth: 11-09-1991
Club: Marseille
Position: Winger/ Striker


P/s: Banyak lagi nk citer pasal pemain muda nie.....bnyak lagi part yang akan dceritakan,kt blog nie kita akan expose pemain2 muda ini untk masa depan bolasepak dunia.




Share/Bookmark

Sunday, 2 January 2011

Special Entrance " Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru"

Hanya untuk sementara,aku lari jap dari topik utama...
just untk cik puan Wanie Wonek

For more information Clicks Here

So daus nak Tag blog2 nie.....







Share/Bookmark

Pemain Muda yang Dijangka Menyinar tahun 2011 (Part1)

Disini penulis menyenaraikan 5 pemain muda yang dijangka menyinar bintangnya pada tahun 2011

1. Frank Acheampong 

Nationality: Ghana
Date of Birth: 16-10-1993
Club: King Faisal Babies
Position: Midfield

2. Juan Agudelo


Nationality: USA
Date of Birth: 23-11-1992
Club: New York Red Bulls
Position: Striker

3. Thiago Alcantara

Nationality: Spain
Date of Birth: 11-04-1991
Club: Barcelona
Position: Centre Midfield

4. Danijel Aleksic

Nationality: Serbia
Date of Birth: 30-04-1991
Club: Genoa (on loan at Greuther Furth)
Position: Forward

5. Alex Sandro

Nationality: Brazil
Date of Birth: 26-01-1991
Club: Santos
Position: Left-back

p/s: Adakah pemain-pemain ini akan menarik minat kelab-kelab ternama dunia??sama-sama kita nantikan masa dan saat nya.......

To be continued........






Share/Bookmark

Saturday, 1 January 2011

Jadual Perlawanan EPL minggu ini

Masa Permainan di dalam Waktu Malaysia

P/s: jgn lupa saksikan kehebatan pasukan2 kegemaran anda dalam perlawanan EPL yg berlangsung minggu ini..

Give ur prediction for the match......

Share/Bookmark

Friday, 31 December 2010

Spekulasi Perpindahan Untuk Januari


1. Eden Dzeko


Manchester City dikatakan mendapat khidmat pemain ini. Pemain ini bermain dibawah kendalian Steve McLaren, di kelab Bundesliga German,Wolfsburg. Pemain ini dikatakan bernilai £30 juta.

     
  2. Roque Santa Cruz


Kelab dari Italy,Lazio,dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain dari kelab Manchester City ini. Beliau yang kurang mendapat tempat dikesebelasan utama dibawah kendalian Roberto Mancini,dipercayai berhasrat untuk berpindah dari kelab tersebut. Nilai pemain ini sekitar €3juta.


3. Ronaldinho



Kelab perancis,Paris St Germain dikatakan berminat untuk mendapatkan kembali bekas pemain yg pernah mengharumkan nama kelab tersebut. Tetapi kelab tersebut mesti memenuhi kehendak kelab AC Milan, dimana Milan meletakkan harga sebanyak €8 Juta jika mahu mendapatkan khidmat beliau. 

p/s...ikuti perkembangan terkini isu perpindahan pemain disini. Dijangka bulan januari ni adalah bulan yg sibuk bagi kelab2 utk memperkemaskn kelab masing2....

Share/Bookmark

Friday, 24 December 2010

Perpindahan Pemain Bulan Januari

Musim perpindahan pemain liga2 Eropah akan bermula Januari nanti....


Ikuti perkembangan terbaru pemain2 yg telah berhijrah ke kelab lain samada secara Pembelian terus atau secara pinjaman.


Martin Demichelis, pemain dari kelab Bayern Munich, telah berpindah ke kelab dari Sepanyol, Malaga secara pinjaman.


Martin Demichelis



Simao, Pemain dari kelab Atletico Madrid, telah secara rasminya menjadi pemain kelab Turki, Besiktas. Dengan kontrak selama 2 1/2 tahun bernilai €2.5 juta.

Simao Sabrosa



Ibrahim Affellay, pemain dari kelab PSV, disahkan telah berpindah ke kelab ternama Sepanyol, Barcelona. Wang perpindahan bernilai €3 juta. 


Ibrahim Affellay


p/s: Bila plak Man Utd nak beli player nih...Dgr citer kuarga diRaja Qatar nk beli MU,mesti ade bajet nti...sama2 kite nantikan.....



Share/Bookmark

Wednesday, 22 December 2010

SERIE A- RAFA BENITEZ DIPECAT??

Perkhabaran terbaru dari serie A italy, bhawa pengurus Inter Milan telah dipecat.

Pihak Inter Milan akan membuat pengumuman rasmi mengenai pemecatan Rafa Benitez lewat hari ini.

Rafa Benitez

Kronologi:

2010: June 3 - Liverpool have confirmed that manager Rafa Benitez is to leave the club by mutual consent after six years at the helm. (Webmaster)

2010: June 10 - Rafa Benitez pens a two-year contract with
Inter Milan. (Webmaster)



P/s~ Sama2 kite nantikan pengesahan berita ini dari kelab Inter Milan

Share/Bookmark

Monday, 20 December 2010

Terkini dr Manchester United

Salam wbt.....


Berita terkini dari kelab Manchester United.


1. MAN UNITED TARGET PERTAHANAN



Domenico Criscito

Pemain dari Kelab Genoa, Domenico Cricito kini disasarkan Sir Alex Ferguson untuk Ke Old Trafford Januari Nanti.

Perpindahan yang mencecah kepada 12.5 Juta itu mungkin tercapai sekiranya ada apa apa situasi yang berlaku di Old Trafford.

Pemain yang berusi 23 tahun itu mungkin akan datang ke dalam Skuad sekiranya Evra meninggalkan Man United untuk ke Real Madrid.


2. DANA PENGAMBILAN



Qatar Holding ingin membuat perjanjian pengalihan Kelab Dari keluarga Glazer Sebanyak 1.7 Billion.




Qatar yang mendapat hak Piala Dunia 2022 ingin mengambil alih Man United untuk meningkatkan Prestasi Sebagai Pesaing termaju dan selain itu telah menjadi penaja rasmi baju untuk Kelab Barcelona.

3. REKOD TERBAIK



Sir Alex Ferguson, menjadi pengurus terbaik dalam sejarah kelab,dan juga pengurus paling lama berjaya mengendalikan Kelab.

Sir Alex Ferguson menghabiskan masa selama 24 tahun bersama kelab semenjak tahun 1986.

Sir Alex Ferguson melangkau rekod yang pernah dibuat oleh Sir Matt Busby.

Good Luck Sir Alex Ferguson.Thank You.


Share/Bookmark

Sunday, 19 December 2010

Cabaran futsal belia terhebat


Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia memasuki saingan hari kedua hari ini dengan 555 perlawanan peringkat kumpulan lagi akan diteruskan di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.
Kesemua 444 pasukan lelaki dan wanita dari 222 kawasan Parlimen di seluruh negara sekali lagi akan turun ke gelanggang dalam misi memburu dua tempat teratas peringkat kumpulan masing-masing bagi mengesahkan tempat ke pusingan kedua.
Saingan hari ini bakal menyaksikan 555 lagi perlawanan yang penuh mendebarkan, sekaligus menjadi penentu kepada nasib pasukan masing-masing dalam pemburuan hadiah kejuaraan keseluruhan berjumlah RM88,000.
Kemeriahan pada hari pertama semalam memang suka runtuk digambarkan.
Selain pemain, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Kompleks Futsal Putrajaya itu yang datang untuk melihat kemahiran dan bakat terpendam peserta-peserta yang bersaing pada pusingan akhir kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini.
Kejohanan ini menampilkan 444 pasukan dari 222 kawasan Parlimen di negara ini melibatkan 222 pasukan bersaing dalam kategori lelaki dan 222 lagi dalam kategori wanita.
Pasukan-pasukan ini merupakan juara pada saingan peringkat Parlimen masing-masing yang telah bermula sejak Ogos lalu.
Juara kategori wanita dan lelaki setiap kawasan Parlimen layak beraksi ke pusingan akhir yang menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 kepada juara.
Naib juara akan membawa pulang RM10,000 sementara tempat ketiga akan menerima RM6,000.
Pasukan yang menduduki tempat keempat akan menerima RM4,000 sementara pasukan-pasukan yang menduduki tempat kelima hingga kelapan, masing-masingnya menerima RM1,000.




Share/Bookmark

Saturday, 18 December 2010

DUA MISI MAN UNITED


MANCHESTER United mempunyai dua misi besar apabila bertandang ke Stamford Bridge bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam esok.

Selain mahu mengukuhkan cengkaman di persada liga dan terus berada di depan juara bertahan itu, barisan Alex Ferguson juga mahu menamatkan kemarau lapan tahun kemenangan di gelanggang lawan itu.


Sejak April 2002, United tidak pernah menang di gelanggang Chelsea itu tetapi kemenangan kali ini, bukan saja meletakkan mereka enam mata di depan Blues, tetapi juga mengukuhkan lagi kedudukan kerana masih berbaki satu perlawanan. 

Dengan rekod bersih tanpa tewas selepas 16 perlawanan musim ini, Red Devils juga sedang bersemangat ekoran kemenangan ke atas pencabar terdekat Arsenal di Old Trafford, Isnin lalu dan satu lagi kemenangan ke atas pasukan kelompok empat teratas, pasti mencerahkan peluang untuk mencatat rekod baru juara liga sebanyak 19 kali.

p/s: MU pasti memberikan cabaran yg sengit kepada Chelsea..so,jaga2 la CHELSEA..giliran anda selepas ini......

Share/Bookmark

Saturday, 11 December 2010

Spekulasi Perpindahan Pemain ke Man Utd


Salam wbt…
Bertemu lagi kita dalam berita spekulasi perpindahan pemain-pemain ke kelab Manchester United. Pemain-pemain ini diberitakan menjadi sasaran bagi Sir Alex Ferguson untuk memantapkan lagi pasukannya. Pemain yang dimaksudkan adalah:
1. David De Gea (Goalkeeper)
de gea
Penjaga Gol Atletico Madrid, David De Gea kin menjadi sasaran Sir Alex Ferguson untuk musim perpindahan Januari ini.
Petunjuk awal telah kelihatan bahawa De Gea berminat untuk ke Man United. Selain Itu Sir Alex Ferguson berkata jika ia berjaya membawa masuk David De Gea ke Old Trafford perkara utama yang harus dilakukannya adalah untuk menjual penjaga gol keduannya Thomas Kuszack yang tidak menampakan kesungguhan kepada Man United dan untuknya adalah jalan keluar dari Old Trafford seperti dibuat kepada Ben Foster.
2. Alexis Sanchez (Midfield)
alexis sanchez
Agen Alexis Sanchez percaya bahawa pemain tersebut akan bermain di Liga Perdana Inggeris pada musim perpindahan Januari Ini.
Ini di akui sendiri agennya bahawa Alexis Sanchez akan berpindah dari kelabnya Udinese.
Man United yang menjadi buruan untuk mendapatkan khidmat beliau ternyata mungkin akan menjadi kenyataan setelah Sir Alex Ferguson sudah berbincang dengan agennya. Sir Alex berminat dengan beliau kerana ketangkasan serta mutu permainannya tidak berubah seperti Cristiano Ronaldo.

Share/Bookmark

Friday, 10 December 2010

Kecederaan Teruk Bermain Bola Sepak

Salam wbt….
Hari ini penulis ingin lari sikit dari dunia bola sepak semasa. Penulis ingin menceritakan baik buruknya bermain bola sepak. Perkara pertama yang mebuatkan ramai orang takut utk bermain bola sepak adalah Kecedaraan, tapi sebagai pemain profesional, kecederaan adalah lumrah dalam hidup mereka. Jom kita saksikan beberapa gambar yang agak mengerikan ini.
p/s: Yang xsanggup tgk,jgn tgk tau….hehehe
Gambar 1
Pic 1
Gambar 2
pic 2
Gambar 3
pic3
Gambar 4
pic 4
Gambar 5
pic 5
Gambar 6
pic 6
Gambar 7
pic 8
Gambar 8
pic 7
Gambar 9
pic 9
Gambar 10
pic 10

So,dah tengok sume gambar-gambar kecederaan ini semua?Agak ngeri kan bila tgk sume nie.Agaknye pemain malaysia takut untuk bermain liga-liga diluar negara,disebabkan kecederaan yang teruk begini.
Moral of the story, nak main bola,jangan la main jahat sangat. Ingatla orang tersayang.hehehe…
Tinggalkan pandangan serta komen anda untuk tindakan selanjutnya……….

Share/Bookmark

Thursday, 9 December 2010

Berita Perihal Pemain Manchester United

 Salam wbt…..
Dah lama agaknye penulis xbuat entri utk blog nie…sorry la,kekurangan sumber untuk membuat cerita…hehehe…
Jadi untuk entri hari nie,penulis nk cite pasal pemain MU je la…sebab penulis adalah penyokong fanatik untuk MU,tapi pasukan Malaysia tetap dihati beb. Bangga dengan kemaraan pasukan Malaysia ke Semi-final Piala AFF Suzuki.
Let move on to the news…………….
Berita pertama mengenai Rio Ferdinand
rio
Pertahanan Rio Ferdinand terhincut-hincut keluar padang ketika Manchester United seri 1-1 dengan Valencia dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford kelmarin, sekali gus mencetuskan kebimbangan terbaru buat Sir Alex Ferguson.
Apatah lagi, United yang kehilangan takhta pendahulu liga kerana tidak turun bermain penghujung minggu lalu, dijadualkan berdepan pendahulu baru, Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat sendiri Isnin ini.
Namun pengendali itu pantas meredakan keadaan dan berharap tempoh rehat enam hari memberi sesuatu yang positif terhadap pemain pertahanan itu untuk menghadapi barisan depan Arsene Wenger.
Ferguson berkata, dia menaruh harapan Ferdinand, yang terlepas aksi Piala Dunia Afrika Selatan 2010 kerana kecederaan lutut serius, akan terus bersama pasukan untuk menghadapi baki separuh musim ini.
Berita Kedua pula mengenai Anderson
anderson
Anderson mengakhiri kemarau gol selama 15 bulan apabila membantu Manchester United menyamakan kedudukan 1-1 menentang Valencia sekali gus meletakkan kelabnya mengetuai Kumpulan C Liga Juara-Juara.
Gol itu merupakan jaringan kedua Anderson buat United dalam 109 penampilan dan mengekalkan juara Eropah tiga kali itu kekal rekod tanpa kalah.
"Dia sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol. Budak itu mempunyai bakat yang hebat. Dia mempunyai langkah yang hebat dan berkuasa, malah dia juga bertenaga. Kami gembira, dia mendapat satu gol, itu mungkin membantunya nanti," ujar pengurus United, Alex Ferguson.
Bekas pemain FC Porto berusia 22 tahun itu mendapat gol pertama ketika menentang Tottenham pada September 2009 bagi menjamin United tidak bertemu Barcelona atau Real Madrid pada pusingan kalah mati.

Share/Bookmark

Sunday, 5 December 2010

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris

Disini disiarkan keputusan terkini Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi.

Manchester City     1      vs      0     Bolton Wanderers 

* Gol Manchester city telah dijaringkan pada minit ke-4 oleh Carlos Tevez

Carlos Tevez

Wigan Athletic      2      vs      2      Stoke City


* Gol-gol wigan diperolehi menerusi jaringan sendiri pertahanan Stoke Collins dan pemain pinjaman dari   Manchester United, Tom Cleverley. Manakala Stoke pula memperoleh jaringan menerusi Robert Huth dan juga Matthew Etherington.


Chelsea      1      vs      1      Everton


* Gol Chelsea disudahi oleh jaringan sepakan penalti, dari pemain kelahiran Ivory Coast,Didier Drogba.Manakala Everton memperolehi jaringan menerusi bekas pemain Leeds United, Jermaine Beckford.


Blackburn Rovers      3      vs      0      Wolverhampton Wanderers

* Gol-gol Rovers disumbangkan oleh pemain pemain midfield, David Dunn, Brad Emerton dan juga pemain pertahanan Ryan Nielsen.

Arsenal      2      vs      1      Fulham

* Kedua-dua gol Arsenal dijaringkan oleh pemain antarabangsa Perancis, Samir Nasri. Manakala bagi pihak lawan,gol dijaringkan oleh pemain penyerang kelab tersebut Kamara.

Samir Nasri

Birmingham City      1      vs      1      Tottenham Hotspur

*Keputusan perlawanan berkesudahan dengan seri. Goal Birmingham dijaringkan oleh Craig Gardner dan gol Spurs disumbangkan oleh Sebastian Bassong.


Manchester United      P      vs      P      Blackpool

*Perlawanan antara United dan Blackpool akan ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Pemeriksaan dari pengadil perlawanan mendapati stadium Blackpool tidak mempunyai alat pemanas untuk padang perlawanan tersebut.


Sudut Pandangan Penulis

  • Dengan Chelsea hanya mencatat keputusan seri ketika bertemu Everton, ini bermakna pasukan dari London ini telah jatuh dari kedudukan ke-2 liga ke tangga ke-3.
  • Kemenangan Arsenal keatas Fulham membolehkan pasukan kendalian Arsene Wenger ini menduduki carta paling atas kedudukan Liga Perdana Inggeris, memintas United dengan kelebihan 1mata tapi United masih kekurangan satu perlawanan.
  • Keputusan-keputusan perlawanan lain, tidak banyak perubahan kedudukan liga yang dapat kita saksikan, kecuali kemenangan yang dicatatkan oleh Blackburn ke atas pasukan Wolves selepas bangkit dari kekalahan memalukan kepada Manchester United,minggu sebelumnya. 

Share/Bookmark